Latar belakang Sagong Tasi

Hak tanah Orang Asli di Malaysia

Undang-undang Malaysia tidak mengiktiaf hak tanah Orang Asli secara formal. Berdasarkan daripada Kanun Tanah Negara 1965, semua tanah ialah hak milik negeri, atau dalam kes wilayah persekutuan, kerajaan persekutuan.[4] Kepentingan tanah persendirian diiktiraf apabila pemilikan didaftarkan, namun pemilikan tanah Orang Asli tidak didaftarkan, diserahkan kepada generasi turun-temurun secara tradisional.

Oleh itu, Akta Pemerolehan Tanah Malaysia 1960[5] mengukuhkan kuasa negara terhadap pemilikan tanah. Seksyen 3 Akta tersebut menyatakan bahawa:

Pihak Berkuasa Negeri mungkin memperoleh tanah yang mana ia diperlukan—

(a) untuk sebarang tujuan am;
(b) oleh mana-mana orang-perseorangan atau perbadanan untuk sebarang tujuan yang mana yang Pihak Berkuasa memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya atau kepada orang awam secara umumnya;

(c) untuk tujuan perlombongan atau pendudukan, pertanian, komersial, perindustrian atau rekreasi atau sebarang tujuan.

Meskipun Akta Orang Asli 1954[6] (sebelumnya Ordinan Orang Asli) membenarkan pihak berkuasa politik untuk mewartakan sebidang tanah tertentu sebagai rizab orang asli yang dilindungi, Orang Asli tidak dianggap sebagai pemilik sah rizab ini. Selanjutnya, di bawah Seksyen 6 Akta, Negara diberi hak untuk mengubah status kawasan-kawasan yang sebelumnya telah diwartakan, sehingga menghilangkan perlindungan undang-undang yang telah lama wujud. Tanah Orang Asli yang berpenghuni yang tidak diwartakan malah kurang dilindungi.